Wednesday, December 22, 2010

Pegawai Teknologi Pendidikan Baru....



Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya Thanesh Balakrishnan mula berkhidmat di PKG Nilai mulai 16 Disember 2010 sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29.

2. Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, pihak tuan/puan boleh menghubungi PKG Nilai di talian 06-7992878 atau e-mel terus kepada pkg_nilai@moe.edu.my atau nombor talian h/p 014-7749661

4. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.



Nama: THANESH BALAKRISHNAN
Jawatan: PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DGA29
No.Talian: 014-77419661
Emel: stm09sfyc@gmail.com

(THANESH BALAKRISHNAN)
Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29

PKG Nilai

Tuesday, May 4, 2010

Maklumat Untuk Guru ICT

Salam 1Malaysia

Tuan/Puan,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan data kali kedua dengan menggunakan aplikasi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) secara online akan dilaksanakan bermula pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010.2.

2.Sehubungan dengan itu, tuan/puan selaku Guru ICT atau penyelaras Bestari diminta untuk melengkapkan data penggunaan inisiatif ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dianalisis dan diproses sebagai laporan lengkap. Pengisian data mengikut negeri tidak dilaksanakan pada kali ini kerana aplikasi SPPICTS telah ditambah baik untuk mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku semasa kutipan kali pertama.)

3.Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, pihak tuan/puan boleh menghubungi PKG Nilai di talian 06-7992878 atau e-mel terus kepada pkg_nilai@moe.edu.my.

4. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.

(MUHAMAD RIZAL ARIFFIN)
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Nilai