Monday, November 28, 2011

Al-Fatihah

Assalammualaikum w.b.k.t.h

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.



Adalah dimaklumkan bahawa Juruteknik Komputer PKG Nilai (En.Muhammad Firdaus Helmi Bin Karim) telah kembali ke Rahmahtullah setelah 7 hari mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban akibat kemalangan motorsikal pada 19 November 2011 (Sabtu). Menurut pihak hospital, punca kematian beliau adalah kesukaran bernafas akibat pendarahan dalam paru-paru dan mengalami patah tulang belakang dan tulang rusuk. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang pukul 8.50 pagi 26 November 2011 (29 Zulhijjah 1432H). Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas Zuhur di Kg. Maasop, Senaling, Kuala Pilah.

Saya bagi pihak warga BTPNNS/PKGNS, mohon marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah Firdaus Helmi, mudah-mudah rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dimasukkan kedalam syurga. InsyaAllah... Jika ada salah dan silap arwah semasa hayatnya dapatlah kita sama-sama memaafkannya dunia dan akhirat.Innalillahiwainnailaihirojiun......... Al-Fatihah...




Dengan ikhlas,
Staf PKG Nilai.

2 comments: