Pengenalan PKG

Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah Pendidikan.
Dari Segi sejarahnya, gerakan kearah penubuhan Pusat Kegiatan Guru berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan penubuhan :
  • Pusat Sumber Tempatan (1978)
  • Pusat Media Daerah (1981)
  • Pusat Sumber Pendidikan Daerah (1986)
Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara Bandar dengan luar Bandar.Tujuannya pada masa itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah.
PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru dengan singkatannya PKG pada 14 April 1990 dan diberikan peranan yang lebih luas. Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan dan pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falasafah Pendidikan Kebangsaan.

PKG Nilai.
Pusat Kegiatan Guru Kawasan Nilai berstatus bangunan sementara yang diwujudkan bagi tujuan membantu warga pendidik dikawasan Nilai dan Labu. PKG ini telah memulakan perkhidmatannya pada tahun 1990 dan kini telah berwaja baru.







Visi
 PKG sebagai penjana budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolah-sekolah.  

Misi

  • Pengurusan dan perkhidmatan PKG yang cemerlang.
  • Memberi latihan kepakaran Teknologi kepada guru-guru.
  • Membangunkan pusat sumber sekolah.
  • Menghasilkan bahan-bahan teknologi untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 


Objektif PKG
  • Meningkatkan kualiti pendidikan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran
  • menjalankan aktiviti penyelidikan.
  • mengesan dan mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran.
  • memupuk ikthiar dan minat guru ke arah mempertingkatkan profesionalisme.
  • meningkatkan keterampilan guru-guru melalui program latihan.
  • menyebar maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan.
  • merapatkan hubungan sekolah-sekolah dalam aspek keperluan perkhidmatan dan pendidikan.
  • menyediakan kemudahan sosial dan teknikal kepada guru.
  • mengeratkan hubungan masyarakat setempat Pemangkin ICT setempat.


Fungsi PKG
  • Fungsi 1: membantu melaksanakan aktiviti teknologi pendidikan yang dirancang dan mengumpul maklumat untuk pelaporan.
  • Fungsi 2: memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif ict di sekolah.
  • Fungsi 3 : memberi khidmat sokongan pelaksanaan sekolah bestari dan pembestarian sekolah mengikut kelompok.
  • Fungsi 4: membantu penyediaan danpenerbitan bahan pengajaran & pembelajaran dalam pelbagai media mengikut piawai yang ditetapkan. (tidak berkaitan)
  • Fungsi 5: memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan pusat sumber.
  • Fungsi 6: mengedar, mempromosi dan memberi khidmat sokongan teknologi pendidikan membantu proses
  • Fungsi 7: pengauditan penggunaan teknologi dalam p&p dan pengurusan sekolah. (tidak berkaitan)
  • Fungsi 8: membantu khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah


Perkhidmatan PKG

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN.....

Khidmat Bantu 
  • Pemantauan PSS, NILAM, TVP, Projek khas dan Pembestarian Sekolah.
  • Khidmat bantu PSS, NILAM, TVP, Projek khas dan Pembestarian Sekolah.
  • Bengkel khidmat bantu Teknologi Pendidikan dalam mata pelajaran kritikal.
  • Sesi Taklimat khidmat bantu dalam slot perkembangan staf di sekolah-sekolah ahli PKG dalam bidang PSS, NILAM, TVP, Projek khas dan Pembestarian Sekolah.
  • Pusat Rujukan dalam bidang PSS, NILAM, TVP, Projek khas dan Pembestarian Sekolah.
  • Khidmat Bantu profesional.
Bahan Bacaan dan Rujukan
  • Majalah, kamus dan eksiklopedia
  • Buku rujukan, buku panduan berkaitan PSS, ICT.
  • Buku Fiksyen dan bukan fiksyen.
  • Jurnal, buletin, risalah dll.
Bahan Multimedia & Teknologi
  • Koleksi CDRI, CD, DVD, berkaitan pengajaran dan pembelajaran dari KPM, BTP, TVP Smart School, Bahan Inovasi.
  • Alat rakam salin CD, DVD.
  • Siaran Astro Kampus dan Eduweb TV
  • Kamera digital dan Kamera video Digital
  • Perhubungan Internet dan faksmili
Ruang
  • Ruang rehat
  • Bilik Seminar
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Bengkel
  • Perpustakaan
  • Bilik Pegawai & staf